NADI KIDVENTURE – Webinar Pelan Perniagaan Mini 2

20 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Julai 2026, telah berlangsung Program NADI Kidventure secara atas talian. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 3:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.

Program NADI Kidventure pada minggu ini adalah “Webinar Pelan Perniagaan Mini 2”. Dalam kelas tersebut, tenaga pengajar menerangkan mengenai tiga model perniagaan iaitu model produk, model perkhidmatan dan model digital. Selain itu, mereka diberi penerangan mengenai analisis pasaran iaitu keperluan permintaan. Seterusnya, tenaga pengajar menerangkan mengenai strategi pengeluaran dan kos seperti sumber bahan borong, pemprosesan segar dan pembungkusan kitar semula. Peserta turut diberi penerangan berkenaan perancangan kewangan.

Dengan adanya program pembelajaran usahawan ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali